Posts

Belajar Bisnes Urut: Modal yang Minimum

Image
KETIKA ini, ramai mencari idea untuk mendapatkan pendapatan tambahan secara sambilan. Saya tidak terkecuali. Antara tip yang kerap saya dengar ialah mulakan dengan apa yang ada di tangan. Natijahnya, pada tahun 2016, saya memulakan perniagaan kereta sewa berbekalkan sebuah kereta Myvi yang saya miliki ketika itu. Setelah hampir 10 tahun, pelbagai ujian dan pengalaman manis dan pahit saya lalui dan saya membuat keputusan untuk mengecilkan operasi bisnes kereta sewa. Serentak dengan itu, saya memilih bisnes urut sebagai ganti. Bercakap soal modal, memanglah sedikit. Tak banyak kelengkapan perlu ada. Cukup dengan sebotol minyak urut dan tuala, kita boleh mendapat untung besar. Tapi, bukanlah semudah yang dikata. Ada beberapa perkara besar yang perlu kita selesaikan dahulu. Pertama, kita perlu belajar dan hadir kursus urutan. Lagi banyak kursus, lagi baik. Kedua, kita perlu mengeluarkan modal pemasaran. Kena ada strategi bagaimana mendapatkan pelanggan. Kalau tiada bajet, iklankan sahaja d

Dah dapat pelanggan pertama

Image
 Pada bulan lepas (April 2024), saya telah berjaya mendapat pelanggan urut pertama. Individu bertuah itu ialah jiran saya sendiri. Beliau mendapat maklumat mengenai servis urut saya setelah saya mengiklankan poster di group telegram bisnes penduduk setempat. Saya hadir ke rumahnya membawa katil urut dan saya telah menyelesaikan urutan dalam masa sejam 15 minit. Sepatutnya satu jam sahaja tapi saya sengaja lebihkan sedikit. Berikut adalah komen beliau mengenai servis urutan saya: I am so happy :) Sesiapa berminat boleh hubungi saya di talian 0192800023

Mengurut Dari Hati

 Kenapa saya memilih untuk mengurut? 1. Sejak kecil, saya lihat ayah saya mengurut orang. Mungkin ilmu mengurut itu tertanam dalam diri hasil pemerhatian. 2. Saya seronok melihat orang 'lega' selepas diurut. Ini memberikan kepuasan. 3. Urutan itu menenangkan. Saya sendiri suka diurut. Rasa hilang semua stress. 4. Ini salah satu sumbangan saya kepada orang lain. Bermodalkan tulang empat kerat, saya boleh membantu orang yang memerlukan urutan badan. 5. Mengurut adalah satu kemahiran yang tak semua orang ada dan tak semua orang suka. Jadi, kepada yang berminat untuk mengambil perkhidmatan mengurut, boleh hubungi saya di nombor telefon: 0192800023 . Terima kasih.

ANR Wellness: The Beginning

 Bismillah. Welcome to the blog. 21.12.2023 is the first day I launched this brand thru blogspot. After this, i will create IG account or other social media account to gain more followers and customers. The big reasons i'm doing this because i want to help others with my massage services. Besides i can earn an extra income. Also i can improve my knowledge about human body and massage skills. Do contact me for more details. Thank you. Firdaus. 0192800023 .