Belajar Bisnes Urut: Modal yang Minimum

KETIKA ini, ramai mencari idea untuk mendapatkan pendapatan tambahan secara sambilan. Saya tidak terkecuali.

Antara tip yang kerap saya dengar ialah mulakan dengan apa yang ada di tangan. Natijahnya, pada tahun 2016, saya memulakan perniagaan kereta sewa berbekalkan sebuah kereta Myvi yang saya miliki ketika itu.

Setelah hampir 10 tahun, pelbagai ujian dan pengalaman manis dan pahit saya lalui dan saya membuat keputusan untuk mengecilkan operasi bisnes kereta sewa.

Serentak dengan itu, saya memilih bisnes urut sebagai ganti.

Bercakap soal modal, memanglah sedikit. Tak banyak kelengkapan perlu ada. Cukup dengan sebotol minyak urut dan tuala, kita boleh mendapat untung besar.

Tapi, bukanlah semudah yang dikata. Ada beberapa perkara besar yang perlu kita selesaikan dahulu. Pertama, kita perlu belajar dan hadir kursus urutan. Lagi banyak kursus, lagi baik.

Kedua, kita perlu mengeluarkan modal pemasaran. Kena ada strategi bagaimana mendapatkan pelanggan. Kalau tiada bajet, iklankan sahaja di akaun media sosial peribadi. Maklumkan kepada kenalan terdekat.

Kedua-dua perkara ini memerlukan modal yang agak besar. Tapi di peringkat awal sahaja. Selain itu, tiada modal lain diperlukan.

Katil urut pula bukanlah keperluan di peringkat awal. Boleh saja urut di atas katil biasa atau di lantai yang dilapikkan kain. Bergantung kesesuaian.

Di peringkat awal juga, adalah tidak digalakkan untuk menyewa premis sebagai spa urutan. Kosnya besar. Jika ada dana, tiada masalah.

Kesimpulannya, modal untuk memulakan bisnes urut adalah minimum. Apa yang paling utama ialah kemahuan dan berani bertindak. Ingat, langkah 1,000, bermula dengan langkah pertama.

Untuk tempahan slot urutan, boleh terus mesej saya di sini: 0192800023

Comments

Popular posts from this blog

Mengurut Dari Hati

Dah dapat pelanggan pertama

ANR Wellness: The Beginning