Posts

Showing posts from May, 2024

Belajar Bisnes Urut: Modal yang Minimum

Image
KETIKA ini, ramai mencari idea untuk mendapatkan pendapatan tambahan secara sambilan. Saya tidak terkecuali. Antara tip yang kerap saya dengar ialah mulakan dengan apa yang ada di tangan. Natijahnya, pada tahun 2016, saya memulakan perniagaan kereta sewa berbekalkan sebuah kereta Myvi yang saya miliki ketika itu. Setelah hampir 10 tahun, pelbagai ujian dan pengalaman manis dan pahit saya lalui dan saya membuat keputusan untuk mengecilkan operasi bisnes kereta sewa. Serentak dengan itu, saya memilih bisnes urut sebagai ganti. Bercakap soal modal, memanglah sedikit. Tak banyak kelengkapan perlu ada. Cukup dengan sebotol minyak urut dan tuala, kita boleh mendapat untung besar. Tapi, bukanlah semudah yang dikata. Ada beberapa perkara besar yang perlu kita selesaikan dahulu. Pertama, kita perlu belajar dan hadir kursus urutan. Lagi banyak kursus, lagi baik. Kedua, kita perlu mengeluarkan modal pemasaran. Kena ada strategi bagaimana mendapatkan pelanggan. Kalau tiada bajet, iklankan sahaja d...

Dah dapat pelanggan pertama

Image
 Pada bulan lepas (April 2024), saya telah berjaya mendapat pelanggan urut pertama. Individu bertuah itu ialah jiran saya sendiri. Beliau mendapat maklumat mengenai servis urut saya setelah saya mengiklankan poster di group telegram bisnes penduduk setempat. Saya hadir ke rumahnya membawa katil urut dan saya telah menyelesaikan urutan dalam masa sejam 15 minit. Sepatutnya satu jam sahaja tapi saya sengaja lebihkan sedikit. Berikut adalah komen beliau mengenai servis urutan saya: I am so happy :) Sesiapa berminat boleh hubungi saya di talian 0192800023